POTRET ILUSI CINTA.
Sara
kata “hidup ini tidak bererti tanpa cinta…”
“Tapi
apalah gunanya bercinta kalau tidak tahu apa itu erti cinta. Kau ingat cinta
itu suatu benda bernyawa berbentuk fizikal yang hanya boleh dirasa dengan
pelukkan dan ciuman.!” Ini tingkah ku.
Aku
bila sudah buka mulut memang tidak faham erti tapis. Ah, biar dia sedar
sendiri, biar dia kecil hati, biar dia marah sekalipun sekali aku sudah cakap
aku akan cakap sampai tahap maksimum.
Aku
lihat muka Sara merah. Faham lah aku mengapa. Sebabnya, siapa yang tidak terasa
pedas bila sudah makan cili. Aku tahu dia suka sangat buat benda-benda macam
‘tu’. Seolah-olah hidupnya hanya untuk bercinta, peluk dan cium sahaja. Nasib
lah mak bapa dia jauh nun di Canada kalau tidak sudah lama makan lempang. Aku
kenal mak bapa dia, bukan seperti kebanyakan orang melayu yang lupa adab
orang-orang timur sekalipun sekian lama menatap di negara barat itu. Aku yang
hidup sebumbung dengan dia ni pun sudah habis liur perli dia supaya insaf-insaf
lah kalau tidak banyak sikit pun jadi lah. Dia tetap juga rasa macam tidak ada
telinga.
Seimbas
lalu sahaja aku dengar dia berkata lagi…
“Hai
kalau iya pun mahu perli carilah ayat yang blues sikit supaya senang aku tangkis”.
….lepas
itu dia blah.
Emm…bantai
kau lah Delaila. Mulut sudah kata hendak tarik macam mana lagi. Tapi…betul kah
hidup tanpa cinta tidak bererti?!
Ah…hakikatnya
aku rasa hidup aku ada erti juga. Ada makna juga. Walau tanpa cinta sekalipun.
Dapat makan nasi juga macam orang lain. Masih buat perkara biasa yang orang
biasa buat. Bernafas, mandi, tidur dan…mati. Hidup tetap ceria. Semuanya tetap
sempurna. Ah…mana-mana lah Sara. Biarlah kau dengan dunia kau yang penuh dengan
cinta itu (bukan aku tidak peduli kawan tapi memang dia tidak mahu dengar kata!).
Aku tidak boleh hendak buat apa. Nanti tidak pasal-pasal dia cop aku sebagai
penyibuk pula.
Tapi
biar berjuta caci aku lempar padanya, dia tetap kawan aku. Bila aku sudah tidak
boleh hendak bentuk dia sebagaimana kehendak Islam, aku hanya mampu berdoa agar
dia mahu berubah. Jauh disudut hati, aku tetap benci pada apa sahaja
tindakannya yang melebihi batasan itu. Biar lah dia, dan aku biar lah aku
dengan duniaku. Dunia aku cuma ada tulisan dan lukisan. Jangan ada sesiapa
hendak larang sebab aku tidak kacau hidup orang. (macam mana mahu kacau hidup
orang kalau jenguk pintu rumah sendiri pun kurang daripada kosong dalam sehari.
Ada tidak pun cuma keluar hantar lukisan dikedai Zamir. Tumpang jual buat
sementara waktu. Lepas tu aku tidak pergi mana lagi, terus balik rumah. Tiada
minat untuk bersosial di luar sana).
Kalau
ada cinta yang mahu datang, datang lah dalam mimpi sebab aku tidak tahu mahu
cari di mana. Aku bukan macam Sara, sibuk cari cinta sejatinya di serata
pelusuk dunia.
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
Ditangan ada pencil. Diminda sudah ada imej. Dikanvas belum terlukis
apa-apa. Idea aku hendak lukis potret. Potret siapa entah. Hampir sejam juga
tangan masih dengan pencil tapi tidak tahu mana hendak mula. Wajah terlalu
samar untuk dilukis.
Ilham…ilham…ting!
Dapat.
Ish,
ini wajib siap juga ni. Mahu tengok wajah siapa pula yang jadi potret nanti.
Manalah tahu kalau-kalau ada orang berminat mahu beli nanti. Boleh juga aku
letak harga class sikit. Berangan juga aku mahu kutip duit lebih. He he he
Tidak
sabar mahu siapkan. Perasaan ini buat aku rasa macam kelam-kabut pula
semata-mata mahu lukis potret ni. Mentang-mentang lah sudah lama tidak pegang
duit banyak. Sejujurnya ku akui…aku sudah lama tidak jual hasil karya ku di
kedai Zamir. Sesekali dia bertanya juga, bila lagi ada sebuah karya menghiasi
premisnya. Dan..sesekali aku bertanya juga, bila lagi dapat window shopong,
asyik pokai saja ni…
Oleh
kerana ketidaksabaran ku itu sukar dibendung lagi. Ha..apa lagi, aku bawa
tangan kanan menjejak kanvas putih itu. Aku mulakan dengan dagu pasal dagunya
ada gambaran penuh dalam otak aku.
Tunggu
siap lah. Cepat lah dapat duit. Mahu beli itu,mahu beli ini. Shoping sana,shoping
sini bla…bla…bla… tidak cukup lagi ni, banyak lagi…..
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
Sewaktu
melintas ruang lukis hendak menuju ke pintu ruang dapur, mataku sekilas singgah
pada lukisan yang baru sahaja aku siapkan pagi tadi.
Hampir sehari suntuk juga aku mengambil
masa untuk menyiapkan lukisan sebesar jendela rumah kampung itu. Tidaklah besar
sangat sebenarnya, jendela rumah kampung bukannya besar pun. Apa yang susah
ialah wajah yang hendak dilukis. Akhirnya pada pukul 3.35minit pagi bersamaan
dengan hari Isnin barulah selesai sebuah potret hasil imaginasi yang tidak
tersengaja itu.
Ketika
potret tersebut selesai sepenuhnya pagi tadi, tiada sempat ku tatap, renung,
belek-belek dan nilaikan lukisan tersebut (yang sama ertinya dengan tidak endah
langsung). Al-maklumlah,hati tengah gembira. Tenaga habis diguna. Rasa penatlah
seluruh anggota dan pancaindera,tiada daya dan tenaga lagi untuk aku mengambil
sedikit masa menilik lukisan itu. Tapi bila sahaja ia singgah pada kelopak
mataku tengah hari ini (aku baru bangun dari tidur,mamai lagi hehe), barulah
lukisan itu terfokus sepenuhnya dalam kepala otak dan hatiku.
Timbul pula persoalan pelik tapi benar
tentang;
i). Siapa insan dalam
potret itu? Tun dr.Mahathir Muhammad pun bukan. Pak Lah pun tidak.
ii). Apa sebab-sebab
yang melayakkan dia duduk (dilukis) dalam kanvas sebesar itu?
iii). Bagaimana
rasa-rasanya akal aku ni boleh mengimaginasi wajah lelaki dalam petret itu?
Dan,,,”dimana
pula harusku campakkan potret se’sempurna’ ini jika tiada seorang insan budiman
pun yang sudi membelinya dengan harga tinggiiiiii?!” Argghhh…
Hem,
lepas mandi nanti aku mesti pergi kedai Zamir mahu jual potret ini secepat
mungkin. Kalau lambat mungkin tiada rezeki potret ini. Al maklumlah, pada
dasarnya insan dalam potret ini tidaklah macho sangat. Seorang gadis pun
mungkin berfikir dua tiga kali kalau mahu beli.
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
“Dell.., aku sudah bosan dengan hidup tunggang-langgang aku ni la. Apa pendapat kau kalau aku cuba
cari taste lain selain balak-balak aku yang sekarang ni”. Luah Sara. Tiba-tiba.
Aku yang pada mulanya mendengar baris pertama ayat itu rasa senang hati sikit.
Tapi bila ayat kedua lancar sahaja menusuk lubang telingaku, aku jadi tidak
senang hati banyak-banyak. Tertumpah milo panas dari mulut ku. Tapi muka Sara
berkerekter selamba sahaja.
“Woii!
Kau kalau mahu buat surprise pun janganlah sampai buat aku tersedak. Eh,
sudahlah tu. Berapa ribu koleksi jantan kau mahu simpan ha ?!”.
Geram aku dibuatnya.
Sebenarnya
waktu itu aku tension sikit. Sudah puas aku tinjau pasal apa aku tension waktu
itu tapi jawapan yang aku dapat Cuma satu perkataan. Potret. Sebabnya, sudah
tiga hari berturut-turut lukisan itu terpampang di kedai Zamir. Tidak ada
seorang insan budiman pun yang sudi membeli lukisan itu. Mulanya kata Zamir
“harga tinggi betul bah” Dengan loghat Sabahan yang pekat itu. Empat hari
selepas itu aku kurangkan harga sebanyak sepuluh peratus (10%). Tunggu selepas
tiga hari lagi lukisan ku tetap
tergantung di kedai Zamir. Sehinggalah tiga hari lagi aku masih setia untuk
menunggu. Pagi esoknya, genap dua minggu aku menanti si pembeli yang paling
budiman. Hari seterusnya aku sudah give up. Lantas aku ambil potret yang
tergantung itu dengan cara ganas dan aku bawa balik ke rumah. Aku letak ia atas
meja paling tepi. Buat seketika biar aku lupakan ia. Buat malu aku pada Zamir
sahaja. Angan-angan hendak pegang duit banyak pun tidak kesampaian.
Tapi
dalam dua hari ini (selepas dua hari potret itu ku letak diatas meja paling
tepi didalam rumahku), sudah dua puluh hingga tiga puluh kali mataku tidak
henti-henti tertengok potret itu. Rasa sakit hati pula. Macho pun tidak,laku
pun tidak. Apalah nasib. Bayangkan kalau sudah sepuluh hari potret jantan itu
masih juga ada dirumah aku,mahunya tidak seratus dua puluh hingga seratus lima
puluh kali mataku pasti tertengok pada petret itu sama ada secara sengaja atau
tidak sengaja. Tapi buat masa ini tempoh semaksimum begitu belum sampai lagi…
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
Semalam,
aku berada di suatu tempat yang sangat sepi. Entah macam mana aku boleh pergi
ke tempat itu. Di kawasan itu ada sebatang pokok yang tidak berdaun. Ada bunga
tapi tiada kelopak. Ada air sungai mengalir tapi tidak terdengar desiran. Ada
pantai tapi tiada batu-batuan. Ada burung tanpa sayap. Ada bulan tanpa bintang
dan ada aku tanpa sesiapa pun di situ. Aku jadi hairan. Bertambah hairan lagi
bila disediakan karpet merah sebagai alas langkah kakiku. Bagai seorang
bidadari turun ke bumi. Dihujung karpet itu ada sinaran cahaya putih dalam satu
lingkaran persegi. Aku terasa seperti tertarik ke dalam lingkaran persegi itu.
Seluruh tubuh ku terdorong ke hadapan dengan paksa. Dalam rasa
gentar,takut,pelik dan hairan itu aku memanggil nama Sara. Aku gapai tangan
minta Sara tarik aku dari kuasa itu,tapi tangan yang menghulur bantuan adalah
tangan potret ituuuu… arghh.
Dalam
keadaan takut yang teramat sangat aku sambut juga huluran tangan tersebut
walaupun aku tahu tangan potret itu yang memberi bantuan. Terasa seperti terselamat
dari bahaya maha hebat. Lega. Terima kasih sang tangan yang menjadi hero ku di
kala aku teramat memerlukan bantuan.
Sejurus
selepas itu aku tersedar. Rupa-rupanya aku pegang tangan Saraaaah..perkh! mimpi
rupanya. Dalam masih mamai Sara ketawa besar . ketawa besar itu sengaja
dihadiahkan untuk aku. Eei..aku sepak juga kang pompuan nie.!
Esok
paginya…selepas lima puluh hingga tujuh puluh kali mataku tertumpu pada potret
itu, aku hampiri ia sehingga tinggal tiga kaki jarak langkah antara kami. Pada
tanganku ada gelas Hello Kitty yang berisi milo yang sudah habis ku teguk. Aku
mula merenung potret tersebut tapi lebih kepada aku menilai teknik seni lukis
yang aku terapkan dalam menghasilkan karya itu. Dari sudut tepi hingga ke tepi
semula aku hitung kesilapan dan keunikan lukisan tersebut.
Sesaat
aku terasa seulas bibirku mula menguntum senyum bila sahaja menyedari
keistimewaan dan kejayaan lukisan buatan tanganku itu. Belum pun sempat
senyumku mekar ke tahap maksima serta merta mimpi semalam berlegar-legar
dikoridor mataku. Lingkaran persegi dalam mimpi itu sekilas terlihat seperti
bingkai potret ini. Bibir milikku bertukar riak. Geram dan marah. Dalam tidak
sedar aku lempar gelas Hello Kitty ke arah potret sehingga jatuh mencium lantai
lalu pecah berderai. Yang peliknya potret itu seakan mentertawakan aku sebab
bingkai cermin lukisan itu tidak retak langsung!!!?
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
Hari
sabtu minggu ini Sara ajak aku jalan-jalan. Katanya…”kita pergi centre point.
Sudah lama kita tidak keluar bersama, shoping dan makan-makan di pasar
Philipine”. Ini mesti dia mahu cerita kisah barunya.
“Dell”
Ha
kan sudah ku kata. Tidak payah dia hendak sambung ayat pun aku sudah tahu. Kira-kiranya
pada hari kami jalan-jalan itu (sebenarnya lebih banyak duduk-duduk) adalah
hari sesi cerita-ceriti Sara pada aku. Aku malas la hendak hurai panjang lebar,
bukannya penting sangat pun. Tapi oleh kerana kerajinan ku menghurai ada
tahap-tahap tertentu maka aku huraikan perbualan kami melalui cara ini;
Sara ;Aku
berkenalan dengan jejaka macho tau. (Senyum-senyum kambing).
Aku :Siapa
orang itu ?! (Pertanyaan cara bosan,untung lah dia jadi kawan aku).
Sara :Anak
dato’ Pahang. Kacak orangnya. Rasa macam mahu jatuh cinta saja.
Aku :Dato lagi.. Hello
kawan, berapa ramai anak dato yang kau rasa-rasa mahu jatuh cinta ha (ini bukan
satu pertanyaan). Anak Dato Azman tu kau letak mana. Lagi, anak Dato Marzuki
kepala botak tu pun tidak cukup lagi. Sudah beribu duit diaorang kau bodek. Itu
belum masuk tenaga yang diorang guna semata-mata mahu kiss kau yang sudah….(sengaja
aku tidak mahu sambung ayat itu).
Sara :Amboi mulut, buat aku
sedih saja tau. Tapi tidak apa, aku maafkan kau. (ish tidak faham perli kah
budak nie). Lelaki patut dibagi pengajaran tau tidak. Tapi lelaki yang aku
jumpa nie lain sangat. Kalau kau kenal lelaki nie, sumpah kau tidak cari lain.
Aku :Apa kena-mengena
dengan aku pula…?
Sara :Dia nie lelaki yang
baik, sopan, romantik. Sejuk saja mata memandang dan sesuai sangat dengan…
Aku :Baik konon. Lelaki pada
dasarnya saja begitu tapi tidak boleh harap. Sesuai sangat lah dengan kau.
Bercinta la kau orang berdua walaupun sebenarnya tidak tahu apa itu erti cinta.
Sara :Sapa kata aku tidak
tahu. Aku tahu lah. (Bantu diri)
Aku :Oh ya kah (buat-buat
terkejut). Kalau begitu ceritakan apa erti cinta.
Sara :Eleh dia yang tidak tahu,
mahu test orang konon. Sini aku beritahu kau.
Cinta merupakan
perasaan hati yang paling suci. Kekadang payah dimengerti. Ia hadir dalam
bentuk yang kita sendiri tidak ketahui. Kau pasti dapat rasa bila sudah jatuh
cinta nanti.
(mula
bersenandung)..
Tibanya pada
mula mata terjaga
Enggan pergi
pada akhir mata terlena
Dalam tidur ia
jadi mimpi…
Aku :
…….Tapi dalam jaga cuma angan-angan
Akhirnya
jadi khayalan
Dalam
alam nyata ia belum pasti jadi pasti
Kalau
takdir tertulis ia bukan milik abadi. Tahu? Ha, yang ini untuk kau.
Sara :Itu
puisi kau lah. Puisi aku belum habis lagi…
Aku
berdiri dan terus berjalan. Sara terkejar-kejar dibelakang. Malas la hendak
bidas pasal cinta, dia bukan faham pun.
Sara :Bila kau sudah rasa
perasaan suci itu, pada sesiapa sahaja dan melalui cara apa cahaja sekalipun
kau tetap boleh jatuh cinta. Tidak memerlukan banyak alasan kenapa perlu jatuh
cinta kerana cinta dilahirkan oleh hati sama ada secara fantasi,ilusi atau
imaginasi lalu terus ke dunia realiti. Bukan khayalan lagi bila sudah bertemu
kekasih hati.
Peh!
Bunyinya macam dialog filem hindustan sahaja.
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
Semalam
aku tidak melukis jadi aku bangun seawal subuh. Pagi-pagi lagi Sara sudah
keluar. Pada kebiasaannya, hari minggu begini dia duduk di rumah sahaja sampai
tengah hari. Sebelah petang baru dia keluar jalan-jalan atau joging. Dia rajin
jaga badan sebab itu dia cantik dan ramai orang suka.
Tapi
hari ini, Sara keluar seawal pagi lagi. Katanya ada hal. Hal apa entah lah,dia
tidak beritahu pun.
Dalam bosan dan
sunyi begini aku tidak tahu mahu buat apa. Mahu tengok TV
pun rancangan tiada yang
menarik. Alih-alih apa yang boleh aku buat ialah melukis.
Sewaktu sedang leka
melukis, ekor mataku perhati potret yang tidak laku itu.
Sekilas sahaja. Lepas itu aku sambung
melukis semula. Tidak di sangka pula ekor mataku perhati lagi untuk yang kedua
kilasnya. Dan yang kali ketiga, tiba-tiba ada aura maha hebat yang membawa
tubuhku terdorong berdiri dan melangkah menuju sudut paling hujung ruang itu.
Selangkah
demi selangkah dan selangkah lagi aku sudah berada dihadapan potret itu. Dia
(lelaki dalam potret itu) pandang aku, aku pandang ‘dia’. Matanya…dan dagu.
Lama aku terkaku disitu. Tahu tidak apa yang aku fikirkan?
‘Rupa-rupanya
kacak juga insan dalam potret nie’
Renungan
dari matanya memukauku. Ah,,,renungan itu sebenarnya aku yang menciptanya.
Pada
ketika itu aku telah hilang etika seorang pelukis. Sepatutnya seorang pelukis
menilai hasil karya dari segi gaya dan teknik serta nilai seni karya yang
dihasilkan. Tetapi aku, memandang pada bentuk kesempurnaan wajah insan dalam
potret tersebut. Dan matanya…
Detik
itu, waktu itu dan hari itu aku terkaku (macam patung yang tidak pandai hendak
kedipkan matanya) pasal apa, aku tidak pasti. Tapi matanya…dan dagu…menawan
kegadisanku. Peh!
Burrr,,!
Tersedar aku sendiri buat beberapa ketika selepas detik itu. Ketidaksengajaan
ku itu memaksa aku jadi si penyoal, mengapa dan bagaimana aku boleh terdorong
menjadi sekaku begitu. Terasa malu sendiri. Sebabnya…aku rasa seperti mahu
sentuh pada wajah insan itu pada ketika itu juga tapi sayangnya ‘dia’ cuma
potret.
Eh!
Apa benda yang aku fikirkan ini. Rasa lain macam lah. Mana perginya rasa sakit
hati aku pada potret itu yang sepatutnya masih menghitam dalam hati disebabkan
ia tidak laku, hari ini menjadikan aku si Delaila yang hilang rasa sakit
hatinya terhadap karya hasil tangan sendiri disebabkan terdorong oleh satu
aura. Aura apa !?
Mana
Sara ni. Balik lah….
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
“Dell,
malam tadi aku tengok cara kau renung potret itu macam pelik saja. Potret itu
berhantu kah. Kenapa pula suruh Zamir lelongkan lukisan cantik itu?”.
“Kau
gila Sara! Wajah sekacak ini aku mahu lelong!!?”. Sergah ku,tiba-tiba. Eh
kenapa pula nie,dialog dah berubah kah..
“Aik
kau kata benci potret itu. Tidak macho konon…tidak laku. Geram. Marah. Hari ini
kau kata kacak”. Sara bernada perli. Bunyinya buat aku jadi si Delaila yang pemalu.
Termalu.
“Kenapa?
Lelaki dalam potret itu bangkit dari kanvas dan pergi kepada kau lantas
menyatakan ‘aku cinta padamu’ dan menjadikan kau si Delaila yang sudah jatuh
cinta kah?”. Soalnya.
“Woi.
Imaginasi apa kau pakai nie. Ada kah..?”,
“Aku
berimaginasi ke atau kau. Kau tidak cakap aku teka lah. Aku teka salah
kah,kalau tidak…ini mesti betul. Betul kan”. Ayat Sara bernada mengorek rahsia.
Aku pandang mata Sara. Cuba mencari suatu kebenaran pada kata-katanya.
Pada
kebiasaannya aku lebih cenderung bersikap selamba depan Sara bila sentuh pasal
bab cinta. Kerana cinta bukanlah kepercayaan ku. Tapi kali ini kata-kata Sara
bagai menarik ulu hati ku. Ini sesi kaunseling agaknya.
“Sara…”.
Panggilku. Lembut pula…lepas itu aku sambung.
“Potret
ini lain mcam lah. Dia kacak,matanya,dagunya.
Macam dia wujud di alam nyata. Rasa mahu
sentuh tapi yang dapat cuma cermin”. Adu ku. Bagai si anak kecil. Inilah sesi
cerita-ceriti ku.
“Kenapa
ya?”. Tanyaku. Si Sara aku lihat mendagu tengok wajah ku. Entah lah apa dia
fikirkan.
“Cinta”
selamba saja jawapan Sara. Aku jadi terbeliak biji mata. Jauh fikiran budak
nie. Tidak patut…dan tidak masuk akal.
“Aku
cakap pasal potret apa pula dikaitkan dengan cinta. Kau nie berangan lah. Kau
tidak dengar pun apa aku kata. Ah malas lah cakap dengan kau lagi”. Pada ketika
itu seluruh wajahku terasa panas. Merah. Apa tidak, setiap ayat yang lahir dari
mulutku Sara sambut dengan senyuman memanjang. Ei dia nie!
“Kau
sendiri pun pernah kata, cinta bukan suatu benda bernyawa berbentuk fizikal
yang hanya boleh dirasa dengan pelukkan dan ciuman”. Suara Sara sengaja
dikuatkan sebab aku sudah mula menjauh. Lagak Sara macam pakar cinta pula.
CINTA?
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
Jadi si
bodohlah aku jika aku mengatakan benar kata-kata Sara. Tapi bertambah bodohlah
aku kalau sahaja aku katakan tidak benar kata-kata Sara. Aku bukanlah seorang
gadis berusia sweet 17 yang masih kebodoh-bodohan bila sebut pasal bab wajib
itu.
Berkali-kali
jugak aku menjadi si pemikir untuk diri sendiri tentang apa yang Sara katakan
dan aku kaitkan dengan peristiwa-peristiwa dalaman hati ku serta kata-kata
falsafah yang selalu keluar dari 2 ulas bibir kami berdua untuk diperdengarkan
kepada diri masing-masing.
Kata-kata
Sara imbau-mengimbau.
“Bila
kau sudah rasa perasaan suci itu, pada sesiapa atau melalui apa sahaja
sekalipun kau boleh jatuh cinta. Tidak memerlukan banyak alasan mengapa perlu
jatuh cinta kerana cinta dilahirkan oleh hati samada secara fantasi,ilusi atau
imaginasi lalu terus ke dunia realiti. Bukan khayalan lagi bila sudah bertemu
kekasih hati”.
Aku
mejadi si Delaila yang bukan si Delaila lagi bila sahaja aku mengangguk-angguk
dan menyetujui kata-kata Sara. Bibirku menguntum senyum malu-malu.
Tibanya
pada mula mata terjaga
Enggan
pergi pada akhir mata terlena
Dalam
tidur ia jadi mimpi
Tapi
dalam jaga cuma angan-angan akhirnya jadi khayalan
Dalam
alam nyata ia belum pasti jadi pasti
Kalau
takdir tertulis ia bukan milik abadi.
Bukan
milik abadi?? Alamak! Bercinta dengan potret tidak menjanjikan realiti…arghhh
Sara………..!!
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
Dalam
sepuluh hari yang lalu aku menjadi si pemerhati pada potret itu. Berhari-hari
jugak aku hidup dalam dunia khayalanku. Dunia khayalan yang bukan sengaja
diciptakan. Bukan sengaja aku corakkan, tapi potret itu. Sedikit-sebanyak tanpa
aku sedari hatiku mula mengiyakan kata-kata Sara. Kalau tidak masakan boleh
riak wajahku memberi respon yang memuaskan bila sahaja aku menyedari perkataan
‘CINTA’ itu wujud di hatiku. Dan sekali lagi perlu aku tegaskan, aku bukanlah
si gadis sweet 17 yang masih kebodoh-bodohan bila sebut pasal bab wajib itu.
Tapi
apa yang buat aku sakit hati ialah kalau benar khayalan itu cinta mengapa hadir
dalam bentuk ilusi dan fantasi semata-mata. Mana wajah sebenar empunya diri!
Bukankah hakikitnya cinta itu wujud dari gabungan dua jiwa yang saling mengenali
samada secara sedar atau tidak. Paling koman pun pasti cinta pandang pertama
yang terhasil dari pandangan pertama mata ke mata. Tapi aku?! Hanya aku dan
potret. Arggh…benci!
Ini
semua kerana ‘dia’ berada didalam rumah ini 24 jam lamanya. Dan aku pula hampir
24 jam lamanya berdepan dengan ‘dia’. Manakan tidak cinta itu wujud dalam diri
aku diasaskan oleh ilusi dan fantasi. Disokong oleh mimpi dan diterjemahkan
oleh Sara. Secara tuntasnya Sara lah yang memengertikan aku pada dunia ini. Dunia
yang menjadi taman permainannya.
Sesuatu
yang dirasakan dengan hati tapi tidak diusahakan dengan daya manakan pasti
beroleh hasil. Ya aku sedar, kalau cuma aku yang bermain dengan dunia ini tanpa
‘dia’ yang hakiki, aku tetap si Delaila yang masih bermain dengan ilusi
cintanya sedangkan Sara bermain dengan realiti cintanya.
Ah..aku
jadi bosan dengan diri sendiri. Serta-merta wujud lagi rasa geram dan marah
dalam diriku. Lantas aku ambil alas meja lalu ku bungkus potret itu. Kali ini
aku akan lupakan ‘dia’.
Perang
emosi melanda diri.
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
Dalam pukul
2:02pagi, sewaktu aku hampir-hampir dalam lena (lelah melayan perasaan), Sara
ketuk pintu. Ada rasa sakit hati juga. Tengah-tengah orang hampir-hampir menuju
mimpi tidur yang indah, dia datang mengetuk pintu. Sepertinya sengaja hendak
mengenakan aku, padahal dia ada kunci pendua.
Dalam
mengantuk dan sakit hati itu aku tetap buka pintu. Tidak sampai hati ku biarkan
kawan ku yang seorang tu bersejuk berembun di luar rumah.
Bila
pintu terbuka…
“Sekarang
aku percaya cakap kau. Cinta bukanlah suatu benda bernyawa berbentuk fizikal
yang hanya boleh dirasa dengan peluk dan ciuman. Hakikatnya cinta hanya dapat
dirasa dengan hati, ditafsir dengan akal dan disokong oleh pasangan yang
sama-sama memiliki perasaan suci itu”. Kata Sara tiba-tiba sebaik sahaja pintu
dibuka. Dia tidak tanggalkan kasut pun…dan aku pula…
“Kau
merepek pasal apa malam-malam buta ini. Lupakan pasal cinta. Aku sakit hati
‘dia’ tidak pernah wujud. Kau tahu tidak, aku menjadi si bodoh yang dapat
merasa cinta hanya kepada potret karya ku sendiri. Logikkah dipendengaran?.
Mungkin aku sendiri tidak memahami apa yang pernah aku katakan tentang ‘cinta
bukanlah suatu benda bernyawa berbentuk fizikal yang hanya boleh dirasa dengan
pelukan dan ciuman’. Hakikatnya aku perlukan kehadiran. Aku perlukan
kehadirannya dengan bentuk fizikal yang memiliki jiwa sekadar untuk aku boleh
membuktikan kepada diriku sendiri tentang apa yang aku rasakan waktu ini. Tapi
potret itu buat aku jadi keliru!”. Panjang luahku. Tersembur keluar segala apa
yang aku rasa dalam diri.
Sara
hadir tepat pada masanya. Ngantukku yang disebabkan oleh layanan perasaan yang
melebih-lebih itu telah hilang serta-merta. Ekspresi wajahku mengandungi sejuta
rasa. Kasih,rindu,benci,geram,bosan dan rajuk. Sejuta rasa yang menjadi satu
lalu bercampir baur dan sukar ditafsir ertinya.
Aku
tarik tangan Sara. Aku perlihatkan padanya potret yang aku bungkus dengan alas
meja itu. Kerja bodoh yang disokong oleh rasa rajukku yang datang tiba-tiba.
Masakan tidak, bercinta bersama potret tidak akan menjanjikan apa-apa. Baik
jadi macam Sara, nyata memiliki dan berada benar-benar dihadapan mata.
Kalau
bukan kerana cinta itu, aku bukan si Delaila yang hidup dalam ilusi sekalipun
aku seorang pengkarya. Aku bukan si Delaila Haji Nasir yang jadi tidak tentu
hala padahal aku seorang yang pandai mengurus kecelaruan jiwa. Dan aku bukan si
Delaila anak Delima yang lincah dengan berusnya. Hanya kerana ‘dia’ dan cinta
hidup ku jadi lain. Lain sangat.
“Dell,
aku jumpa dia…waktu aku diberhentikan oleh Azri keparat itu betul-betul di
hadapan kedai Zamir. Aku jumpa dia ketika dia sedang terkejar-kejar mencari
seseorang juga betul-betul di hadapan kedai Zamir.” Beritahu Sara. Ayatnya
kedengaran disebut satu-satu kecuali perkataan ‘keparat itu’. Mukaku terdongak.
Hai…tadi lain hal,ini lain hal lah pula. Ini mesti dia mahu cerita pasal kisah
barunya malam-malam buta ini. Tidak tahukah dia, aku waktu ini sudah seperti si
bodoh. Mataku jadi layu kembali. Lagaknya macam hendak sambung tidur sahaja…
“Ah,
sudah lah. Jom tidur. Sekarang sudah pekat malam, esok saja lah kita cerita
okay. Aku tahulah, dia tu mesti jantan baru kau”. Aku bangun cara bosan. Aku
tarik tangan Sara menuju tangga ke bilik tidur, tapi dia…?
“Dell,
aku perkenalkan ini…Ayie”. Tiba-tiba muncul sesusuk tubuh dari celah pintu. Aku
ingatkan hantu spesis mana, rupa-rupanya seorang insan. Insan…?
Insan
itu dibawa oleh Sara lalu berdiri dihadapan ku. Aku waktu itu berkerekter
selamba sahaja. Ada lah rasa iri hati sikit sebab Sara jumpa lagi seorang
jejaka macho yang layak dijadikan sebagai koleksi cintanya. Aku pula…? Potret
itu menjadi ilusi cintaku. Peh!
“Saya…Ayie
Bin Nizam…” Relax sahaja dia memperkenalkan dirinya kepadaku.
“Tengku
Nurayienshah Bin Dato’ Tengku Syed Nizam, berasal dari Kuala Lipis,Pahang”.
Olah Sara. Aku lihat lelaki itu perhati muka Sara. Dibesarkan matanya tanda
protes. Situasi itu tidak aku pedulikan.
“Anak
dato’ pahang?” Tanyaku kepada Sara, sekadar memberi respon. Dan Sara cuma
mengangguk. Aku masih selamba.
“Saya
cari awak hari tu…kenapa awak lari dari saya.” Hah! Di sini lah aku tidak lagi
berkerekter selamba. Dia cari aku? Bukan Sara punya kah?. Pertanyaan itu ku
jawap dengan ku dongak wajah perhati wajahnya. Dia lelaki. Lelaki kacak.
Dia…dia…matanya dan dagu. Potret itu…! Ishy apa ni, aku tidak faham keadaan
lah…
“Awak?”.
Satu perkataan yang lahir dari dua ulas bibirku itu sebenarnya satu pertanyaan
ditujukan untuk diri sendiri.
“Sara…eah
mustahil wajah itu keluar dari kanvas. Aku mimpi kah Sara?”. Ha, ini pula
kerekter keterkejutan aku yang sebenarnya. Lebih ditujukan kepada Sara. Manalah
tahu mungkin aku mimpi lagi. Jadi, untuk memastikan aku tidak bermimpi lagi aku
tampar pipi kiri dan kanan dua tiga kali. Sakit. Lalu kakiku melangkah cepat ke
arah potret yang masih berbungkus itu. Aku buka bungkusan tersebut. Wajah itu,
wajah potret itu benar-benar serupa dengan wajah insan yang ada dihadapan ku
ketika ini. Insan yang menggelarkan dirinya sebagai Ayie.
Aku,
yang kini berada disudut tepi lukisan itu terkebil-kebil biji mata memandang
‘dia’, Ayie. Aku lihat kakinya mula mengatur langkah.7 langkah sahaja dia telah
berada dihadapan ku. Matanya merenung aku dalam-dalam. Aku malu. Termalu. Lalu
dengan rasa malu itu aku terpaksa tundukkan wajah,memandang jari kaki. Hanya
itu yang dapat aku lakukan ketika itu selain berdiam diri.
Dia,
tanpa ku sangka makin mendekatkan dirinya ke hadapan ku. Tangannya dinaikkan
mengangkat daguku. Mataku dan dia bertaut dalam satu pautan rasa yang mulai
menjalar di sanubari. Sentuhan itu buat aku merasa diri berada di alam nyata,
bukan mimpi. Itulah fitrah insani.
“Delaila,saya
cukup bersyukur kerana Sara membantu pencarian saya selama ini. Tapi saya hanya
akan berterima kasih padanya hanya bila awak mengakui adanya cinta dalam hati
awak untuk saya. Percayalah pada cinta anugerah Ilahi. Percayalah bahawa awak
dijadikan untuk saya. Dan kalau boleh…sudilah kiranya…”
“Nanti
dulu!”. Pintasku. Aku perhati Sara dari jarak 10 kaki. Maknanya hendak meminta
pengertian.
“Di
mana kau jumpa dia?. Soalku.
“Di
hadapan kedai Zamir sewaktu dia sedang mengejar kau gara-gara terlihat
potretnya terpamir di kedai Zamir”. Jawap Sara.
“Selepas
itu?”. Soalku lagi.
“Aku
sengaja berkenalan dengan dia. Aku dapati dia kacak orangnya. Teringin pula
rasa jatuh cinta lagi sebab aku baru saja ditinggalkan oleh Azri keparat itu”.
Jawap Sara lagi. Mata ku bulatkan.
“Lagi”.
Tanyaku. Pertanyaan kali ke-tiga.
“Dia
mengaku, dia cari kau. Buat pertama kali dia melihat seorang gadis yang berjaya
melukis potret wajahnya walaupun belum pernah bersua muka. Dia jadi jatuh cinta
pada kau Dell. Aku tidak percaya dia cintakan kau. Entah-entah dia Cuma
bergurau saja. Jadi, aku pasang jerat lah.”
“Kemudian?”.
Tanyaku lagi. Senyumanku mekar sembunyi-sembunyi. Sara macam orang yang
didapati bersalah pula. Ayie, kerjanya tidak lepas dari perhati aku sahaja.
“Aku
uji dia,dengan caraku tersendiri sekadar memastikan cintanya suci. Lelaki zaman
sekarang ni mana boleh percaya. Kau ingat tidak, aku selalu keluar sehari
suntuk setiap hari Ahad. Tujuanku cuma mengintai dia,apa dia buat dan ke mana
di pergi”. Jawap Sara untuk kesekian kalinya. Ada peryataan di sini.
“Apa
yang kau dapat?”
“Kenyataan
sebuah cinta”
“Jadi!”. Kataku,
dengan nada tersendiri seperti berupa pertanyaan juga.
“Jadiiiii…..”.
ini kata Sara, dengan nada perlinya.
“Jadi?”.
Ini pula Ayie kata, nadanya minta difahamkan.
“Jadi…jadilah”.
Usul Sara seraya berganjak dari situasi itu dan membawa diri ke tingkat atas
sambil tersenyum selamba siap melambai tangan lagi maksudnya memberi peluang
pada sepasang kekasih, Delaila dan Ayie memulakan bahasa hati.
Dari
kejauhan…rumah teres dua tingkat di Taman Mesra jalan Penampang,Kota Kinabalu itu
kelihatan bercahaya disuluhi sinar-sinar cinta. Ilusi cinta pun berakhir jadi
reality.
SELESAI
Cerita
ini hanyalah rekaan semata-semata. Tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun
yang telah mati. Jika ada persamaan anggaplah ia cuma kebetulan tanpa ada niat
pun menyinggung perasaan mana-mana individu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan