Isnin, 16 Julai 2012

Puisi Saya...(2)


GERSANG 
        
         Memperhambakan diri pada sebuah pencarian
         suatu keindahan dan kebahagiaan...
         tersungkur jatuh terkadang menbawa diri ke lembah terasing....
         emosi yang lama terkawal...membuak...
         menerjah pintu sabar...
         ada air dari mata yang menganak sungai...
         ah.....itulah dugaan mengukir sedalam mana ketabahan insaniyah.
                   Jiwa yang tandus ini di bawa kembara
                   biar tercari sejalur nur kasih
                   sekalipun belum pasti menjadi penerang sukma rindu...
                   hati yang kosong ini
                   hakikatnya mencari keabadian cinta
                   yang entah di mana hilangnya...
                   namun yang tersua
                   adalah kegersangan yang nyata...
                   sekali pun ada sinar yang berlabuh seketika
                   ada remang yang timbul di tepian hati
                   ia tetap sebuah kalbu yang kelam
                   umpama khayalan dalam khayalan.
          Antara rela dan pasrah
          antara redha dan berserah
          biarlah diri hanyut di bawa gelombang sepi
          moga terkapar di perlabuhan kasih
          hanya yang perlu...
          doa tulus pada Ilahi
          moga takdir tetap bahagia...
                                                                          inspirasi....
                                                                                  Aniszz Nirwanie Hussin



ADA CINTA DI HATI KITA.

Ada sinar disebalik pandangan matamu
ada rindu disetiap desah nafas ku
ada gentar dalam diam diriku
ada aura bermakna dari hati ke hati
bila kita berjauhan...
walhal...tiada kita tahu
lahir satu rasa...suci dan murni...merantai hati kita
tanpa sedar kitalah yang mencipta suasana baru.
Ironi bermacam lagu...
hanya satu yangn kita tahu
kita rasa...kita angankan
namun payah disentuh,
yang bahagia...bila mimp datang..memang diundang
dan yang perit...bila mimpi pergi,
hakikat yang belum nyata
kitalah yang menjadikannya
satu kenyataan hakiki...
kerana...mimpi tak kan bermakna tanpa realiti.
Selagi kau belum sedar dari lena di hari hujan
selagi itu aku masih kaku mencari erti seribu makna
jangan harap pada kahayalan atau igau malam
langkahnya hanya satu
keberanian itu perlu
dan...yakinlah ada cinta dihati kita.



sentuhan...
Anisz Nirwani Hussin
Qthat Sabah.



        

Puisi Saya....(1)

Tidak pernah di lupa,,,aku mencari-cari di mana ku buang segala nukilan lama yang pernah terbit dalam majalah hiburan tanah air dan akhbar-akhbar tempatan. Sewaktu menjelajah email lama...tersua jua olehku puisi-puisi ini didalam sent item yang dulu-dulu,rupanya belum pernah terpadam. Nah...aku sajikan untuk kamu........


EMBUN DIHUJUNG MALAM.


Hadir diri mu bagai embun dihujung malam
Singgah pada kelopak dedaun layu
Membentuk danau kecil pada harum si bunga
Bila dinihari melambai
Pergi mu tanpa sedar
Yang tertinggal hanyalah kesan dari kehadiran
Umpama semilir pagi mengulit tubuh
Hilang diganti bahang mentari
Yang sengsara adalah hati yang merasa
Yang merana adalah mata yang melihat sendiri
Yang derita adalah jiwa yang jadi perindu buta
Sekalipun diketahui
Esok bakal ada lagi
(titis-titis embun jernih)
Tapi bezanya adalah tidak serupa
Melainkan yang jernih itu suci.



KUDAT.SABAH




LAKARAN FITRAH INSANI.

Kadang-kadang bila sendiri begini
sering aku mengenang diri...
Alpakah aku pada kekuasaan ilahi
hingga sering kali
menuding jari pada takdir diri
yang tiada pernah temui jalan damai,
tusukan dari duri dugaan
seringnya menembus danau hati
lalu ketabahan dimamah tandus semangat...
Lupakah aku pada doa keramat
yang seharusnya dipohon
pada yang satu...yang esa itu
sekadar meminta 'Ya Rabbi
limpahi kalbu ini dengan nur dan rahmatMu'
agar anugerah itu
bisa membunuh kegersangan hati
tapi doa ku sekerat jalan
belum sempat ku asuh iman
dimusnah rapuh kesabaran...
Aku...sebenarnya gagal laksana usaha
yang sepatutnya merah pada tangan dan langkah
tapi diragut kejahilan akal fikiran
Atau aku sememangnya lemah...takut
tatkala berdepan dengan kegelapan
yang tercipta seiring waktu ujian
lalu tersadung kaki ini...terpijak duri lagi
pada jalan indah yang belum lagi terjamah
sedang ia sentiasa tersedia.



KUDAT.SABAH

Doaku Untuk Suami Tercinta






Inilah kami...SHAIK ALIFF AKHBAR BIN SHAIK HARUNARASHIB bersama aku isterinya, NIRWANI BINTI HUSSIN dalam satu majlis perkahwinan sepupu sebelah suami pada 3.06.2012 Dewan merak kayangan Ampang Selangor Darul Ehsan.
Ketika ini usia perkahwinan kami telah menjangkau 9 bulan 2 minggu dan 4 hari sejak dinikahkan pada 16.09.2011 pada hari jumaat yang agung.

Alhamdulillah ya Rabb kerana mempertemukan kami dan seterusnya membahagiakan kami dalam ikatan perkahwinan yang mulia ini.
Tiada yange lebih indah selain anugerah yang Allah berikan ini pada saat aku benar-benar menginginkan sesuatu yang perlu untuk dijadikan landasan hidup selain berbakti kepada orang tuaku. Dialah suami yang Allah kurniakan itu,dialah Shaik Aliff Akhbar,dialah musuh dialah kawan dialah kekasih dialah sahabat dan dialah SUAMI.

Doaku untuk selalu bersama suamiku dalam saat getir dan indah....
“Aku bermohon Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,sihat sejahterakanlah suamiku ini,sentiasalah menjagai dia dari segala musibah yang tidak diingini,jauhilah suamiku dari godaan syaitan yang Engkau murkai,lalaikan lah dia dari melakukan perkara maksiat dan dekatkanlah dia untuk mngerjakan amal ibadah kepada-Mu Ya Rabb. Dan Ya Allah yang mengasihi sekalian umah,berilah keberkatan serta rahmat-Mu kepada kami suami isteri,bahagiakanlah kami dalam limpahan kasih sayang,kurniakan kami anak-anak yang soleh dan solehan dengan sebaik-baik ciptaan-mu Ya Rabb.
Ya Allah yang maha Esa,ku mohon pada-Mu untuk mengekalkan ikatan yang suci ini kerana...ini lah kurniaan dari Mu yang teramata aku cintai selain cinta kepada-Mu ya Allah,teramat aku sayangi melebihi diriku sendiri,teramat agung untuk ku hormati,aku kasihi dan aku sanjungi Ya Allah. Ku mohon dari segala kebaikan yang ada berilah kepada kami umat-Mu yang sarat dengan cinta agung ini.

Sesungguhnya..tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan engkau ya Allah dan Muhammad itu rasul utusan-Mu.”





Produk Nir Bayu Batik Enterprise

Kini tempahan dibuka semula. pada yang berminat boleh pm saya atau hubungi 0198124241. Saya tuan dia,jangan segan-segan.
1). Batik 1 malaysia 4meter perempuan.

2). Batik 1 Malaysia 2.5meter Lelaki

3). Batik 1 Malaysia 4meter Perempuan pilihan latar putih. Biru dan Merah pun ada 

4). Gaun labuh penuh labuci dan manik.

5). Kemeja lelaki (Versi Liea Jamaliah)

6). Baju kurung batik siap jahit. (orang dah booking)

7). Gaun Labuh korset penuh labuci dan manik.

8). Koleksi penanda buku batik lukis.

9). Koleksi penanda buku batik lukis. Pelbagai rekaan yang menarik.

10). Koleksi penanda buku batik lukis bersama zodiak kelahiran anda.

11). Tiada di pasaran terbuak. Hanya di Nir Bayu Batik Ent. sahaja. Beg tangan exclusive batik lukis.

12). Beg tangan exclusive batik lukis. 

13). Beg tangan exclusive dari bahan rotan.

14). Kotak kraf serbaguna dari hasil semulajadi.

15). Kotak kraf serbaguna. sesuai untuk hiasan hantaran perkahwinan atau pertunangan.

16). sebahagian dari koleksi beg tangan kraf dan kotak karaf serbaguna. boleh pilih-pilih.

17). Kemeja lelaki siap jahit pelabagai saiz ada.

18). Batik 1 malaysia kemeja berlengan pendek versi merah. jenis kain cotton

19). Kemeja lelaki siap jahit pelbagai saiz.

20). Batik 1 malaysia kemeja berlengan pendek versi biru. jenis kain cotton

21). Batik 1 Malayisa kemeja perempaun 

Antara lebih 20 pilihan produk untuk anda miliki. Made in Sabah Borneo.


Dunia seni kraf batik. (Produk istimewa daripada Nir Bayu Batik Enterprise)

Dunia Senia kraf Batik memang tidak asing dengan diri saya...
Lihatlah hasil yang tercipta sepanjang saya bergiat aktif dalam dunia kreatif ini...

* Hasil tunjuk ajar daripada Cikgu Asri dari Kelantan

* Dan ini juga

* Yang ini untuk hiasan dinding

*Persembahan pertama ke Kuala Lumpur (satu-satunya wakil dari sabah)

*Gaun Labuh ke pameran kerja kahwin 2010 Komplex Kraf Kuala Lumpur Jalan Conlay.

*Rekaan pertama saya bersama tukang jahit Norazini

*Sewaktu mempersembahkan konsep rekaan di hadapan pengarah kraftangan malaysia dan tutor Datin Kirana. 

* haa yang ini tempahan dari Olimis Batik Borneo Sabah. dengan kadar harga yang sangat memuaskan.

Entry seterusnya...lihat aktiviti saya dalam menghasilkan batik terbaik sabah.

Jumaat, 29 Jun 2012

Cerpen untuk suka-suka baca....


POTRET ILUSI CINTA.


            Sara kata “hidup ini tidak bererti tanpa cinta…”
            “Tapi apalah gunanya bercinta kalau tidak tahu apa itu erti cinta. Kau ingat cinta itu suatu benda bernyawa berbentuk fizikal yang hanya boleh dirasa dengan pelukkan dan ciuman.!” Ini tingkah ku.
            Aku bila sudah buka mulut memang tidak faham erti tapis. Ah, biar dia sedar sendiri, biar dia kecil hati, biar dia marah sekalipun sekali aku sudah cakap aku akan cakap sampai tahap maksimum.
            Aku lihat muka Sara merah. Faham lah aku mengapa. Sebabnya, siapa yang tidak terasa pedas bila sudah makan cili. Aku tahu dia suka sangat buat benda-benda macam ‘tu’. Seolah-olah hidupnya hanya untuk bercinta, peluk dan cium sahaja. Nasib lah mak bapa dia jauh nun di Canada kalau tidak sudah lama makan lempang. Aku kenal mak bapa dia, bukan seperti kebanyakan orang melayu yang lupa adab orang-orang timur sekalipun sekian lama menatap di negara barat itu. Aku yang hidup sebumbung dengan dia ni pun sudah habis liur perli dia supaya insaf-insaf lah kalau tidak banyak sikit pun jadi lah. Dia tetap juga rasa macam tidak ada telinga.
            Seimbas lalu sahaja aku dengar dia berkata lagi…
            “Hai kalau iya pun mahu perli carilah ayat yang blues sikit supaya senang aku tangkis”.
            ….lepas itu dia blah.
            Emm…bantai kau lah Delaila. Mulut sudah kata hendak tarik macam mana lagi. Tapi…betul kah hidup tanpa cinta tidak bererti?!
            Ah…hakikatnya aku rasa hidup aku ada erti juga. Ada makna juga. Walau tanpa cinta sekalipun. Dapat makan nasi juga macam orang lain. Masih buat perkara biasa yang orang biasa buat. Bernafas, mandi, tidur dan…mati. Hidup tetap ceria. Semuanya tetap sempurna. Ah…mana-mana lah Sara. Biarlah kau dengan dunia kau yang penuh dengan cinta itu (bukan aku tidak peduli kawan tapi memang dia tidak mahu dengar kata!). Aku tidak boleh hendak buat apa. Nanti tidak pasal-pasal dia cop aku sebagai penyibuk pula. 
            Tapi biar berjuta caci aku lempar padanya, dia tetap kawan aku. Bila aku sudah tidak boleh hendak bentuk dia sebagaimana kehendak Islam, aku hanya mampu berdoa agar dia mahu berubah. Jauh disudut hati, aku tetap benci pada apa sahaja tindakannya yang melebihi batasan itu. Biar lah dia, dan aku biar lah aku dengan duniaku. Dunia aku cuma ada tulisan dan lukisan. Jangan ada sesiapa hendak larang sebab aku tidak kacau hidup orang. (macam mana mahu kacau hidup orang kalau jenguk pintu rumah sendiri pun kurang daripada kosong dalam sehari. Ada tidak pun cuma keluar hantar lukisan dikedai Zamir. Tumpang jual buat sementara waktu. Lepas tu aku tidak pergi mana lagi, terus balik rumah. Tiada minat untuk bersosial di luar sana).
            Kalau ada cinta yang mahu datang, datang lah dalam mimpi sebab aku tidak tahu mahu cari di mana. Aku bukan macam Sara, sibuk cari cinta sejatinya di serata pelusuk dunia.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

            Ditangan ada pencil. Diminda sudah ada imej. Dikanvas belum terlukis apa-apa. Idea aku hendak lukis potret. Potret siapa entah. Hampir sejam juga tangan masih dengan pencil tapi tidak tahu mana hendak mula. Wajah terlalu samar untuk dilukis.
            Ilham…ilham…ting! Dapat.
            Ish, ini wajib siap juga ni. Mahu tengok wajah siapa pula yang jadi potret nanti. Manalah tahu kalau-kalau ada orang berminat mahu beli nanti. Boleh juga aku letak harga class sikit. Berangan juga aku mahu kutip duit lebih. He he he
            Tidak sabar mahu siapkan. Perasaan ini buat aku rasa macam kelam-kabut pula semata-mata mahu lukis potret ni. Mentang-mentang lah sudah lama tidak pegang duit banyak. Sejujurnya ku akui…aku sudah lama tidak jual hasil karya ku di kedai Zamir. Sesekali dia bertanya juga, bila lagi ada sebuah karya menghiasi premisnya. Dan..sesekali aku bertanya juga, bila lagi dapat window shopong, asyik pokai saja ni…
            Oleh kerana ketidaksabaran ku itu sukar dibendung lagi. Ha..apa lagi, aku bawa tangan kanan menjejak kanvas putih itu. Aku mulakan dengan dagu pasal dagunya ada gambaran penuh dalam otak aku.
            Tunggu siap lah. Cepat lah dapat duit. Mahu beli itu,mahu beli ini. Shoping sana,shoping sini bla…bla…bla… tidak cukup lagi ni, banyak lagi…..

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

            Sewaktu melintas ruang lukis hendak menuju ke pintu ruang dapur, mataku sekilas singgah pada lukisan yang baru sahaja aku siapkan pagi tadi.
Hampir sehari suntuk juga aku mengambil masa untuk menyiapkan lukisan sebesar jendela rumah kampung itu. Tidaklah besar sangat sebenarnya, jendela rumah kampung bukannya besar pun. Apa yang susah ialah wajah yang hendak dilukis. Akhirnya pada pukul 3.35minit pagi bersamaan dengan hari Isnin barulah selesai sebuah potret hasil imaginasi yang tidak tersengaja itu.
            Ketika potret tersebut selesai sepenuhnya pagi tadi, tiada sempat ku tatap, renung, belek-belek dan nilaikan lukisan tersebut (yang sama ertinya dengan tidak endah langsung). Al-maklumlah,hati tengah gembira. Tenaga habis diguna. Rasa penatlah seluruh anggota dan pancaindera,tiada daya dan tenaga lagi untuk aku mengambil sedikit masa menilik lukisan itu. Tapi bila sahaja ia singgah pada kelopak mataku tengah hari ini (aku baru bangun dari tidur,mamai lagi hehe), barulah lukisan itu terfokus sepenuhnya dalam kepala otak dan hatiku.
Timbul pula persoalan pelik tapi benar tentang;
i).         Siapa insan dalam potret itu? Tun dr.Mahathir Muhammad pun bukan. Pak Lah pun tidak.
ii).        Apa sebab-sebab yang melayakkan dia duduk (dilukis) dalam kanvas sebesar itu?
iii).       Bagaimana rasa-rasanya akal aku ni boleh mengimaginasi wajah lelaki dalam petret itu?
            Dan,,,”dimana pula harusku campakkan potret se’sempurna’ ini jika tiada seorang insan budiman pun yang sudi membelinya dengan harga tinggiiiiii?!” Argghhh…
            Hem, lepas mandi nanti aku mesti pergi kedai Zamir mahu jual potret ini secepat mungkin. Kalau lambat mungkin tiada rezeki potret ini. Al maklumlah, pada dasarnya insan dalam potret ini tidaklah macho sangat. Seorang gadis pun mungkin berfikir dua tiga kali kalau mahu beli.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

            “Dell.., aku sudah bosan dengan hidup tunggang-langgang  aku ni la. Apa pendapat kau kalau aku cuba cari taste lain selain balak-balak aku yang sekarang ni”. Luah Sara. Tiba-tiba. Aku yang pada mulanya mendengar baris pertama ayat itu rasa senang hati sikit. Tapi bila ayat kedua lancar sahaja menusuk lubang telingaku, aku jadi tidak senang hati banyak-banyak. Tertumpah milo panas dari mulut ku. Tapi muka Sara berkerekter selamba sahaja.
            “Woii! Kau kalau mahu buat surprise pun janganlah sampai buat aku tersedak. Eh, sudahlah tu. Berapa ribu koleksi jantan kau mahu simpan ha ?!”.
Geram aku dibuatnya.
            Sebenarnya waktu itu aku tension sikit. Sudah puas aku tinjau pasal apa aku tension waktu itu tapi jawapan yang aku dapat Cuma satu perkataan. Potret. Sebabnya, sudah tiga hari berturut-turut lukisan itu terpampang di kedai Zamir. Tidak ada seorang insan budiman pun yang sudi membeli lukisan itu. Mulanya kata Zamir “harga tinggi betul bah” Dengan loghat Sabahan yang pekat itu. Empat hari selepas itu aku kurangkan harga sebanyak sepuluh peratus (10%). Tunggu selepas tiga hari lagi  lukisan ku tetap tergantung di kedai Zamir. Sehinggalah tiga hari lagi aku masih setia untuk menunggu. Pagi esoknya, genap dua minggu aku menanti si pembeli yang paling budiman. Hari seterusnya aku sudah give up. Lantas aku ambil potret yang tergantung itu dengan cara ganas dan aku bawa balik ke rumah. Aku letak ia atas meja paling tepi. Buat seketika biar aku lupakan ia. Buat malu aku pada Zamir sahaja. Angan-angan hendak pegang duit banyak pun tidak kesampaian.
            Tapi dalam dua hari ini (selepas dua hari potret itu ku letak diatas meja paling tepi didalam rumahku), sudah dua puluh hingga tiga puluh kali mataku tidak henti-henti tertengok potret itu. Rasa sakit hati pula. Macho pun tidak,laku pun tidak. Apalah nasib. Bayangkan kalau sudah sepuluh hari potret jantan itu masih juga ada dirumah aku,mahunya tidak seratus dua puluh hingga seratus lima puluh kali mataku pasti tertengok pada petret itu sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Tapi buat masa ini tempoh semaksimum begitu belum sampai lagi…


;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

            Semalam, aku berada di suatu tempat yang sangat sepi. Entah macam mana aku boleh pergi ke tempat itu. Di kawasan itu ada sebatang pokok yang tidak berdaun. Ada bunga tapi tiada kelopak. Ada air sungai mengalir tapi tidak terdengar desiran. Ada pantai tapi tiada batu-batuan. Ada burung tanpa sayap. Ada bulan tanpa bintang dan ada aku tanpa sesiapa pun di situ. Aku jadi hairan. Bertambah hairan lagi bila disediakan karpet merah sebagai alas langkah kakiku. Bagai seorang bidadari turun ke bumi. Dihujung karpet itu ada sinaran cahaya putih dalam satu lingkaran persegi. Aku terasa seperti tertarik ke dalam lingkaran persegi itu. Seluruh tubuh ku terdorong ke hadapan dengan paksa. Dalam rasa gentar,takut,pelik dan hairan itu aku memanggil nama Sara. Aku gapai tangan minta Sara tarik aku dari kuasa itu,tapi tangan yang menghulur bantuan adalah tangan potret ituuuu… arghh.
            Dalam keadaan takut yang teramat sangat aku sambut juga huluran tangan tersebut walaupun aku tahu tangan potret itu yang memberi bantuan. Terasa seperti terselamat dari bahaya maha hebat. Lega. Terima kasih sang tangan yang menjadi hero ku di kala aku teramat memerlukan bantuan.
            Sejurus selepas itu aku tersedar. Rupa-rupanya aku pegang tangan Saraaaah..perkh! mimpi rupanya. Dalam masih mamai Sara ketawa besar . ketawa besar itu sengaja dihadiahkan untuk aku. Eei..aku sepak juga kang pompuan nie.!
            Esok paginya…selepas lima puluh hingga tujuh puluh kali mataku tertumpu pada potret itu, aku hampiri ia sehingga tinggal tiga kaki jarak langkah antara kami. Pada tanganku ada gelas Hello Kitty yang berisi milo yang sudah habis ku teguk. Aku mula merenung potret tersebut tapi lebih kepada aku menilai teknik seni lukis yang aku terapkan dalam menghasilkan karya itu. Dari sudut tepi hingga ke tepi semula aku hitung kesilapan dan keunikan lukisan tersebut.
            Sesaat aku terasa seulas bibirku mula menguntum senyum bila sahaja menyedari keistimewaan dan kejayaan lukisan buatan tanganku itu. Belum pun sempat senyumku mekar ke tahap maksima serta merta mimpi semalam berlegar-legar dikoridor mataku. Lingkaran persegi dalam mimpi itu sekilas terlihat seperti bingkai potret ini. Bibir milikku bertukar riak. Geram dan marah. Dalam tidak sedar aku lempar gelas Hello Kitty ke arah potret sehingga jatuh mencium lantai lalu pecah berderai. Yang peliknya potret itu seakan mentertawakan aku sebab bingkai cermin lukisan itu tidak retak langsung!!!?

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;


            Hari sabtu minggu ini Sara ajak aku jalan-jalan. Katanya…”kita pergi centre point. Sudah lama kita tidak keluar bersama, shoping dan makan-makan di pasar Philipine”. Ini mesti dia mahu cerita kisah barunya.
            “Dell”
            Ha kan sudah ku kata. Tidak payah dia hendak sambung ayat pun aku sudah tahu. Kira-kiranya pada hari kami jalan-jalan itu (sebenarnya lebih banyak duduk-duduk) adalah hari sesi cerita-ceriti Sara pada aku. Aku malas la hendak hurai panjang lebar, bukannya penting sangat pun. Tapi oleh kerana kerajinan ku menghurai ada tahap-tahap tertentu maka aku huraikan perbualan kami melalui cara ini;

Sara     ;Aku berkenalan dengan jejaka macho tau. (Senyum-senyum kambing).
Aku     :Siapa orang itu ?! (Pertanyaan cara bosan,untung lah dia jadi kawan aku).
Sara     :Anak dato’ Pahang. Kacak orangnya. Rasa macam mahu jatuh cinta saja.
Aku     :Dato lagi.. Hello kawan, berapa ramai anak dato yang kau rasa-rasa mahu jatuh cinta ha (ini bukan satu pertanyaan). Anak Dato Azman tu kau letak mana. Lagi, anak Dato Marzuki kepala botak tu pun tidak cukup lagi. Sudah beribu duit diaorang kau bodek. Itu belum masuk tenaga yang diorang guna semata-mata mahu kiss kau yang sudah….(sengaja aku tidak mahu sambung ayat itu).
Sara     :Amboi mulut, buat aku sedih saja tau. Tapi tidak apa, aku maafkan kau. (ish tidak faham perli kah budak nie). Lelaki patut dibagi pengajaran tau tidak. Tapi lelaki yang aku jumpa nie lain sangat. Kalau kau kenal lelaki nie, sumpah kau tidak cari lain.
Aku     :Apa kena-mengena dengan aku pula…?
Sara     :Dia nie lelaki yang baik, sopan, romantik. Sejuk saja mata memandang                     dan sesuai sangat dengan…
Aku     :Baik konon. Lelaki pada dasarnya saja begitu tapi tidak boleh harap. Sesuai sangat lah dengan kau. Bercinta la kau orang berdua walaupun sebenarnya tidak tahu apa itu erti cinta.
Sara     :Sapa kata aku tidak tahu. Aku tahu lah. (Bantu diri)
Aku     :Oh ya kah (buat-buat terkejut). Kalau begitu ceritakan apa erti cinta.
Sara     :Eleh dia yang tidak tahu, mahu test orang konon. Sini aku beritahu kau.
Cinta merupakan perasaan hati yang paling suci. Kekadang payah dimengerti. Ia hadir dalam bentuk yang kita sendiri tidak ketahui. Kau pasti dapat rasa bila sudah jatuh cinta nanti.
            (mula bersenandung)..
Tibanya pada mula mata terjaga
Enggan pergi pada akhir mata terlena
Dalam tidur ia jadi mimpi…
Aku     : …….Tapi dalam jaga cuma angan-angan
            Akhirnya jadi khayalan
            Dalam alam nyata ia belum pasti jadi pasti
            Kalau takdir tertulis ia bukan milik abadi. Tahu? Ha, yang ini untuk kau.
Sara     :Itu puisi kau lah. Puisi aku belum habis lagi…

            Aku berdiri dan terus berjalan. Sara terkejar-kejar dibelakang. Malas la hendak bidas pasal cinta, dia bukan faham pun.

Sara     :Bila kau sudah rasa perasaan suci itu, pada sesiapa sahaja dan melalui cara apa cahaja sekalipun kau tetap boleh jatuh cinta. Tidak memerlukan banyak alasan kenapa perlu jatuh cinta kerana cinta dilahirkan oleh hati sama ada secara fantasi,ilusi atau imaginasi lalu terus ke dunia realiti. Bukan khayalan lagi bila sudah bertemu kekasih hati.

            Peh! Bunyinya macam dialog filem hindustan sahaja.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

            Semalam aku tidak melukis jadi aku bangun seawal subuh. Pagi-pagi lagi Sara sudah keluar. Pada kebiasaannya, hari minggu begini dia duduk di rumah sahaja sampai tengah hari. Sebelah petang baru dia keluar jalan-jalan atau joging. Dia rajin jaga badan sebab itu dia cantik dan ramai orang suka.
            Tapi hari ini, Sara keluar seawal pagi lagi. Katanya ada hal. Hal apa entah lah,dia tidak beritahu pun.
            Dalam bosan dan sunyi begini aku tidak tahu mahu buat apa. Mahu tengok TV
 pun rancangan tiada yang menarik. Alih-alih apa yang boleh aku buat ialah melukis.
            Sewaktu sedang leka melukis, ekor mataku perhati potret yang tidak laku itu.
Sekilas sahaja. Lepas itu aku sambung melukis semula. Tidak di sangka pula ekor mataku perhati lagi untuk yang kedua kilasnya. Dan yang kali ketiga, tiba-tiba ada aura maha hebat yang membawa tubuhku terdorong berdiri dan melangkah menuju sudut paling hujung ruang itu.
            Selangkah demi selangkah dan selangkah lagi aku sudah berada dihadapan potret itu. Dia (lelaki dalam potret itu) pandang aku, aku pandang ‘dia’. Matanya…dan dagu. Lama aku terkaku disitu. Tahu tidak apa yang aku fikirkan?
            ‘Rupa-rupanya kacak juga insan dalam potret nie’
            Renungan dari matanya memukauku. Ah,,,renungan itu sebenarnya aku yang menciptanya.
            Pada ketika itu aku telah hilang etika seorang pelukis. Sepatutnya seorang pelukis menilai hasil karya dari segi gaya dan teknik serta nilai seni karya yang dihasilkan. Tetapi aku, memandang pada bentuk kesempurnaan wajah insan dalam potret tersebut. Dan matanya…
            Detik itu, waktu itu dan hari itu aku terkaku (macam patung yang tidak pandai hendak kedipkan matanya) pasal apa, aku tidak pasti. Tapi matanya…dan dagu…menawan kegadisanku. Peh!
            Burrr,,! Tersedar aku sendiri buat beberapa ketika selepas detik itu. Ketidaksengajaan ku itu memaksa aku jadi si penyoal, mengapa dan bagaimana aku boleh terdorong menjadi sekaku begitu. Terasa malu sendiri. Sebabnya…aku rasa seperti mahu sentuh pada wajah insan itu pada ketika itu juga tapi sayangnya ‘dia’ cuma potret.
            Eh! Apa benda yang aku fikirkan ini. Rasa lain macam lah. Mana perginya rasa sakit hati aku pada potret itu yang sepatutnya masih menghitam dalam hati disebabkan ia tidak laku, hari ini menjadikan aku si Delaila yang hilang rasa sakit hatinya terhadap karya hasil tangan sendiri disebabkan terdorong oleh satu aura. Aura apa !?
            Mana Sara ni. Balik lah….

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

            “Dell, malam tadi aku tengok cara kau renung potret itu macam pelik saja. Potret itu berhantu kah. Kenapa pula suruh Zamir lelongkan lukisan cantik itu?”.
            “Kau gila Sara! Wajah sekacak ini aku mahu lelong!!?”. Sergah ku,tiba-tiba. Eh kenapa pula nie,dialog dah berubah kah..
            “Aik kau kata benci potret itu. Tidak macho konon…tidak laku. Geram. Marah. Hari ini kau kata kacak”. Sara bernada perli. Bunyinya buat aku jadi si Delaila yang pemalu. Termalu.
            “Kenapa? Lelaki dalam potret itu bangkit dari kanvas dan pergi kepada kau lantas menyatakan ‘aku cinta padamu’ dan menjadikan kau si Delaila yang sudah jatuh cinta kah?”. Soalnya.
            “Woi. Imaginasi apa kau pakai nie. Ada kah..?”,
            “Aku berimaginasi ke atau kau. Kau tidak cakap aku teka lah. Aku teka salah kah,kalau tidak…ini mesti betul. Betul kan”. Ayat Sara bernada mengorek rahsia. Aku pandang mata Sara. Cuba mencari suatu kebenaran pada kata-katanya.
            Pada kebiasaannya aku lebih cenderung bersikap selamba depan Sara bila sentuh pasal bab cinta. Kerana cinta bukanlah kepercayaan ku. Tapi kali ini kata-kata Sara bagai menarik ulu hati ku. Ini sesi kaunseling agaknya.
            “Sara…”. Panggilku. Lembut pula…lepas itu aku sambung.
            “Potret ini lain mcam lah. Dia kacak,matanya,dagunya.
Macam dia wujud di alam nyata. Rasa mahu sentuh tapi yang dapat cuma cermin”. Adu ku. Bagai si anak kecil. Inilah sesi cerita-ceriti ku.
            “Kenapa ya?”. Tanyaku. Si Sara aku lihat mendagu tengok wajah ku. Entah lah apa dia fikirkan.
            “Cinta” selamba saja jawapan Sara. Aku jadi terbeliak biji mata. Jauh fikiran budak nie. Tidak patut…dan tidak masuk akal.
            “Aku cakap pasal potret apa pula dikaitkan dengan cinta. Kau nie berangan lah. Kau tidak dengar pun apa aku kata. Ah malas lah cakap dengan kau lagi”. Pada ketika itu seluruh wajahku terasa panas. Merah. Apa tidak, setiap ayat yang lahir dari mulutku Sara sambut dengan senyuman memanjang. Ei dia nie!
            “Kau sendiri pun pernah kata, cinta bukan suatu benda bernyawa berbentuk fizikal yang hanya boleh dirasa dengan pelukkan dan ciuman”. Suara Sara sengaja dikuatkan sebab aku sudah mula menjauh. Lagak Sara macam pakar cinta pula.
CINTA?

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

            Jadi si bodohlah aku jika aku mengatakan benar kata-kata Sara. Tapi bertambah bodohlah aku kalau sahaja aku katakan tidak benar kata-kata Sara. Aku bukanlah seorang gadis berusia sweet 17 yang masih kebodoh-bodohan bila sebut pasal bab wajib itu.
            Berkali-kali jugak aku menjadi si pemikir untuk diri sendiri tentang apa yang Sara katakan dan aku kaitkan dengan peristiwa-peristiwa dalaman hati ku serta kata-kata falsafah yang selalu keluar dari 2 ulas bibir kami berdua untuk diperdengarkan kepada diri masing-masing.
            Kata-kata Sara imbau-mengimbau.
            “Bila kau sudah rasa perasaan suci itu, pada sesiapa atau melalui apa sahaja sekalipun kau boleh jatuh cinta. Tidak memerlukan banyak alasan mengapa perlu jatuh cinta kerana cinta dilahirkan oleh hati samada secara fantasi,ilusi atau imaginasi lalu terus ke dunia realiti. Bukan khayalan lagi bila sudah bertemu kekasih hati”.
            Aku mejadi si Delaila yang bukan si Delaila lagi bila sahaja aku mengangguk-angguk dan menyetujui kata-kata Sara. Bibirku menguntum senyum malu-malu.
Tibanya pada mula mata terjaga
Enggan pergi pada akhir mata terlena
Dalam tidur ia jadi mimpi
Tapi dalam jaga cuma angan-angan akhirnya jadi khayalan
Dalam alam nyata ia belum pasti jadi pasti
Kalau takdir tertulis ia bukan milik abadi.
            Bukan milik abadi?? Alamak! Bercinta dengan potret tidak menjanjikan realiti…arghhh
            Sara………..!!


;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

            Dalam sepuluh hari yang lalu aku menjadi si pemerhati pada potret itu. Berhari-hari jugak aku hidup dalam dunia khayalanku. Dunia khayalan yang bukan sengaja diciptakan. Bukan sengaja aku corakkan, tapi potret itu. Sedikit-sebanyak tanpa aku sedari hatiku mula mengiyakan kata-kata Sara. Kalau tidak masakan boleh riak wajahku memberi respon yang memuaskan bila sahaja aku menyedari perkataan ‘CINTA’ itu wujud di hatiku. Dan sekali lagi perlu aku tegaskan, aku bukanlah si gadis sweet 17 yang masih kebodoh-bodohan bila sebut pasal bab wajib itu.
            Tapi apa yang buat aku sakit hati ialah kalau benar khayalan itu cinta mengapa hadir dalam bentuk ilusi dan fantasi semata-mata. Mana wajah sebenar empunya diri! Bukankah hakikitnya cinta itu wujud dari gabungan dua jiwa yang saling mengenali samada secara sedar atau tidak. Paling koman pun pasti cinta pandang pertama yang terhasil dari pandangan pertama mata ke mata. Tapi aku?! Hanya aku dan potret. Arggh…benci!
            Ini semua kerana ‘dia’ berada didalam rumah ini 24 jam lamanya. Dan aku pula hampir 24 jam lamanya berdepan dengan ‘dia’. Manakan tidak cinta itu wujud dalam diri aku diasaskan oleh ilusi dan fantasi. Disokong oleh mimpi dan diterjemahkan oleh Sara. Secara tuntasnya Sara lah yang memengertikan aku pada dunia ini. Dunia yang menjadi taman permainannya.
            Sesuatu yang dirasakan dengan hati tapi tidak diusahakan dengan daya manakan pasti beroleh hasil. Ya aku sedar, kalau cuma aku yang bermain dengan dunia ini tanpa ‘dia’ yang hakiki, aku tetap si Delaila yang masih bermain dengan ilusi cintanya sedangkan Sara bermain dengan realiti cintanya.
            Ah..aku jadi bosan dengan diri sendiri. Serta-merta wujud lagi rasa geram dan marah dalam diriku. Lantas aku ambil alas meja lalu ku bungkus potret itu. Kali ini aku akan lupakan ‘dia’.
            Perang emosi melanda diri.


;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

            Dalam pukul 2:02pagi, sewaktu aku hampir-hampir dalam lena (lelah melayan perasaan), Sara ketuk pintu. Ada rasa sakit hati juga. Tengah-tengah orang hampir-hampir menuju mimpi tidur yang indah, dia datang mengetuk pintu. Sepertinya sengaja hendak mengenakan aku, padahal dia ada kunci pendua.
            Dalam mengantuk dan sakit hati itu aku tetap buka pintu. Tidak sampai hati ku biarkan kawan ku yang seorang tu bersejuk berembun di luar rumah.
            Bila pintu terbuka…
            “Sekarang aku percaya cakap kau. Cinta bukanlah suatu benda bernyawa berbentuk fizikal yang hanya boleh dirasa dengan peluk dan ciuman. Hakikatnya cinta hanya dapat dirasa dengan hati, ditafsir dengan akal dan disokong oleh pasangan yang sama-sama memiliki perasaan suci itu”. Kata Sara tiba-tiba sebaik sahaja pintu dibuka. Dia tidak tanggalkan kasut pun…dan aku pula…
            “Kau merepek pasal apa malam-malam buta ini. Lupakan pasal cinta. Aku sakit hati ‘dia’ tidak pernah wujud. Kau tahu tidak, aku menjadi si bodoh yang dapat merasa cinta hanya kepada potret karya ku sendiri. Logikkah dipendengaran?. Mungkin aku sendiri tidak memahami apa yang pernah aku katakan tentang ‘cinta bukanlah suatu benda bernyawa berbentuk fizikal yang hanya boleh dirasa dengan pelukan dan ciuman’. Hakikatnya aku perlukan kehadiran. Aku perlukan kehadirannya dengan bentuk fizikal yang memiliki jiwa sekadar untuk aku boleh membuktikan kepada diriku sendiri tentang apa yang aku rasakan waktu ini. Tapi potret itu buat aku jadi keliru!”. Panjang luahku. Tersembur keluar segala apa yang aku rasa dalam diri.
            Sara hadir tepat pada masanya. Ngantukku yang disebabkan oleh layanan perasaan yang melebih-lebih itu telah hilang serta-merta. Ekspresi wajahku mengandungi sejuta rasa. Kasih,rindu,benci,geram,bosan dan rajuk. Sejuta rasa yang menjadi satu lalu bercampir baur dan sukar ditafsir ertinya.
            Aku tarik tangan Sara. Aku perlihatkan padanya potret yang aku bungkus dengan alas meja itu. Kerja bodoh yang disokong oleh rasa rajukku yang datang tiba-tiba. Masakan tidak, bercinta bersama potret tidak akan menjanjikan apa-apa. Baik jadi macam Sara, nyata memiliki dan berada benar-benar dihadapan mata.
            Kalau bukan kerana cinta itu, aku bukan si Delaila yang hidup dalam ilusi sekalipun aku seorang pengkarya. Aku bukan si Delaila Haji Nasir yang jadi tidak tentu hala padahal aku seorang yang pandai mengurus kecelaruan jiwa. Dan aku bukan si Delaila anak Delima yang lincah dengan berusnya. Hanya kerana ‘dia’ dan cinta hidup ku jadi lain. Lain sangat.
            “Dell, aku jumpa dia…waktu aku diberhentikan oleh Azri keparat itu betul-betul di hadapan kedai Zamir. Aku jumpa dia ketika dia sedang terkejar-kejar mencari seseorang juga betul-betul di hadapan kedai Zamir.” Beritahu Sara. Ayatnya kedengaran disebut satu-satu kecuali perkataan ‘keparat itu’. Mukaku terdongak. Hai…tadi lain hal,ini lain hal lah pula. Ini mesti dia mahu cerita pasal kisah barunya malam-malam buta ini. Tidak tahukah dia, aku waktu ini sudah seperti si bodoh. Mataku jadi layu kembali. Lagaknya macam hendak sambung tidur sahaja…
            “Ah, sudah lah. Jom tidur. Sekarang sudah pekat malam, esok saja lah kita cerita okay. Aku tahulah, dia tu mesti jantan baru kau”. Aku bangun cara bosan. Aku tarik tangan Sara menuju tangga ke bilik tidur, tapi dia…?
            “Dell, aku perkenalkan ini…Ayie”. Tiba-tiba muncul sesusuk tubuh dari celah pintu. Aku ingatkan hantu spesis mana, rupa-rupanya seorang insan. Insan…?
            Insan itu dibawa oleh Sara lalu berdiri dihadapan ku. Aku waktu itu berkerekter selamba sahaja. Ada lah rasa iri hati sikit sebab Sara jumpa lagi seorang jejaka macho yang layak dijadikan sebagai koleksi cintanya. Aku pula…? Potret itu menjadi ilusi cintaku. Peh!
            “Saya…Ayie Bin Nizam…” Relax sahaja dia memperkenalkan dirinya kepadaku.
            “Tengku Nurayienshah Bin Dato’ Tengku Syed Nizam, berasal dari Kuala Lipis,Pahang”. Olah Sara. Aku lihat lelaki itu perhati muka Sara. Dibesarkan matanya tanda protes. Situasi itu tidak aku pedulikan.
            “Anak dato’ pahang?” Tanyaku kepada Sara, sekadar memberi respon. Dan Sara cuma mengangguk. Aku masih selamba.
            “Saya cari awak hari tu…kenapa awak lari dari saya.” Hah! Di sini lah aku tidak lagi berkerekter selamba. Dia cari aku? Bukan Sara punya kah?. Pertanyaan itu ku jawap dengan ku dongak wajah perhati wajahnya. Dia lelaki. Lelaki kacak. Dia…dia…matanya dan dagu. Potret itu…! Ishy apa ni, aku tidak faham keadaan lah…
            “Awak?”. Satu perkataan yang lahir dari dua ulas bibirku itu sebenarnya satu pertanyaan ditujukan untuk diri sendiri.
            “Sara…eah mustahil wajah itu keluar dari kanvas. Aku mimpi kah Sara?”. Ha, ini pula kerekter keterkejutan aku yang sebenarnya. Lebih ditujukan kepada Sara. Manalah tahu mungkin aku mimpi lagi. Jadi, untuk memastikan aku tidak bermimpi lagi aku tampar pipi kiri dan kanan dua tiga kali. Sakit. Lalu kakiku melangkah cepat ke arah potret yang masih berbungkus itu. Aku buka bungkusan tersebut. Wajah itu, wajah potret itu benar-benar serupa dengan wajah insan yang ada dihadapan ku ketika ini. Insan yang menggelarkan dirinya sebagai Ayie.
            Aku, yang kini berada disudut tepi lukisan itu terkebil-kebil biji mata memandang ‘dia’, Ayie. Aku lihat kakinya mula mengatur langkah.7 langkah sahaja dia telah berada dihadapan ku. Matanya merenung aku dalam-dalam. Aku malu. Termalu. Lalu dengan rasa malu itu aku terpaksa tundukkan wajah,memandang jari kaki. Hanya itu yang dapat aku lakukan ketika itu selain berdiam diri.
            Dia, tanpa ku sangka makin mendekatkan dirinya ke hadapan ku. Tangannya dinaikkan mengangkat daguku. Mataku dan dia bertaut dalam satu pautan rasa yang mulai menjalar di sanubari. Sentuhan itu buat aku merasa diri berada di alam nyata, bukan mimpi. Itulah fitrah insani.
            “Delaila,saya cukup bersyukur kerana Sara membantu pencarian saya selama ini. Tapi saya hanya akan berterima kasih padanya hanya bila awak mengakui adanya cinta dalam hati awak untuk saya. Percayalah pada cinta anugerah Ilahi. Percayalah bahawa awak dijadikan untuk saya. Dan kalau boleh…sudilah kiranya…”
            “Nanti dulu!”. Pintasku. Aku perhati Sara dari jarak 10 kaki. Maknanya hendak meminta pengertian.
            “Di mana kau jumpa dia?. Soalku.
            “Di hadapan kedai Zamir sewaktu dia sedang mengejar kau gara-gara terlihat potretnya terpamir di kedai Zamir”. Jawap Sara.
            “Selepas itu?”. Soalku lagi.
            “Aku sengaja berkenalan dengan dia. Aku dapati dia kacak orangnya. Teringin pula rasa jatuh cinta lagi sebab aku baru saja ditinggalkan oleh Azri keparat itu”. Jawap Sara lagi. Mata ku bulatkan.
            “Lagi”. Tanyaku. Pertanyaan kali ke-tiga.
            “Dia mengaku, dia cari kau. Buat pertama kali dia melihat seorang gadis yang berjaya melukis potret wajahnya walaupun belum pernah bersua muka. Dia jadi jatuh cinta pada kau Dell. Aku tidak percaya dia cintakan kau. Entah-entah dia Cuma bergurau saja. Jadi, aku pasang jerat lah.”
            “Kemudian?”. Tanyaku lagi. Senyumanku mekar sembunyi-sembunyi. Sara macam orang yang didapati bersalah pula. Ayie, kerjanya tidak lepas dari perhati aku sahaja.
            “Aku uji dia,dengan caraku tersendiri sekadar memastikan cintanya suci. Lelaki zaman sekarang ni mana boleh percaya. Kau ingat tidak, aku selalu keluar sehari suntuk setiap hari Ahad. Tujuanku cuma mengintai dia,apa dia buat dan ke mana di pergi”. Jawap Sara untuk kesekian kalinya. Ada peryataan di sini.
            “Apa yang kau dapat?”
            “Kenyataan sebuah cinta”
“Jadi!”. Kataku, dengan nada tersendiri seperti berupa pertanyaan juga.
            “Jadiiiii…..”. ini kata Sara, dengan nada perlinya.
            “Jadi?”. Ini pula Ayie kata, nadanya minta difahamkan.
            “Jadi…jadilah”. Usul Sara seraya berganjak dari situasi itu dan membawa diri ke tingkat atas sambil tersenyum selamba siap melambai tangan lagi maksudnya memberi peluang pada sepasang kekasih, Delaila dan Ayie memulakan bahasa hati.
            Dari kejauhan…rumah teres dua tingkat di Taman Mesra jalan Penampang,Kota Kinabalu itu kelihatan bercahaya disuluhi sinar-sinar cinta. Ilusi cinta pun berakhir jadi reality.
SELESAI
Cerita ini hanyalah rekaan semata-semata. Tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah mati. Jika ada persamaan anggaplah ia cuma kebetulan tanpa ada niat pun menyinggung perasaan mana-mana individu.